KUALA LUMPUR, 5 JAN: Peminat badminton tanah air dijangka dapat melihat Ng Tze Yong yang lebih mantap pada saingan Terbuka Malaysia 2024 bermula Selasa ini di Axiata Arena, selepas pemain perseorangan lelaki itu menerima sentuhan bekas jurulatih fizikal Datuk Lee Chong Wei, Mohd Rosdi Abd Ghani.